Kembangkan kerjaya anda bersama SHENA
PELUANG PEMBELAJARAN
Pembangunan kerjaya bukan sekadar memanjat tangga korporat. Ia mengenai menemui kekuatan, mengejar minat, dan sentiasa mendorong diri untuk berkembang dan maju.
Kami komited untuk menyokong kakitangan kami dalam perjalanan pembangunan kerjaya mereka di SHENA. Sama ada untuk memulakan kerjaya atau untuk pembangunan lanjut ke peringkat seterusnya, kami berada di sini untuk menyediakan sumber, alat dan panduan bagi mencapai aspirasi mereka. Bersama-sama kami mewujudkan budaya pembelajaran dan pembangunan berterusan di mana semua kakitangan dapat mencapai potensi penuh mereka dan memberi impak yang bermakna.
Di sini kami menawarkan pelbagai alat untuk menyokong pekerja kami melalui:
Pertukaran Tugas
Training
Conferences
Meetings
Program Bimbingan / Mentor
Perkongsian pengetahuan
Secondment
KEPAKARAN BIDANG
SHENA berusaha untuk memastikan kakitangannya kompeten dan melatih rakyat tempatan Brunei secara objektif untuk menjadi pakar bidang. Di sinilah rakyat tempatan Brunei akan memiliki pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang tertentu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Ini dicapai melalui dedikasi pengalaman semasa bekerja dengan para pakar bidang yang sedia ada di SHENA
