Lesen & Pendaftaran

Pekerja Radiasi

Radiation Protection Officer (RPO): Seorang yang berkemampuan secara teknikal yang dilantik oleh pemegang lesen dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa untuk menyelia pemakaian peraturan, langkah-langkah, dan prosedur perlindungan radiasi.

General Radiation Workers (GRW): Mana-mana individu yang bekerja di bawah arahan pemegang lesen, sama ada diambil bekerja oleh pemegang lesen, dalam pengendalian atau penggunaan, atau dalam sebarang aktiviti yang akan menyebabkannya bersentuhan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, bahan radioaktif atau radas terkawal.

Peranan dan Tanggungjawab Pekerja Radiasi
  • RPO Berdaftar  peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut

PDF
Senarai Peranan dan Tanggungjawab untuk RPO Berdaftar (Kemas kini terakhir: January 31st, 2023)
Lihat
  • GRW Berdaftar  akan bertindak menurut arahan yang diberikan oleh RPO, tertakluk kepada pertimbangan keselamatan.

Process Flow
Pendaftaran Radiation Protection Officer (RPO) dan General Radiation Worker (GRW)

Pemegang lesen radiasi hendaklah menggajikan seorang yang berkebolehan sebagaimana yang diluluskan oleh SHENA untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab Radiation Protection Officer (RPO) dan General Radiation Worker (GRW), yang secara kolektif dirujuk sebagai "pekerja radiasi" bagi tujuan panduan ini. Kelayakan untuk memohon sebagai RPO/GRW akan bergantung kepada kebolehan pemohon untuk memenuhi keperluan pendaftaran.

Semua permohonan mesti dikemukakan kepada SHENA melalui radapplication@shena.gov.bn untuk kelulusan. Suatu penilaian awal akan dijalankan untuk menentukan pematuhan terhadap keperluan am dan khusus. Penyerahan yang tidak lengkap akan ditolak.

Borang Pendaftaran
PDF Muat Turun Borang Permohonan Radiation Protection Officer
PDF Muat Turun Borang Permohonan General Radiation Worker
Document Muat Turun Borang Continuing Professional Development (CPD) for RPO Activity Tracker

Piagam Pelanggan

Keperluan Pendaftaran

Permohonan Baharu dan Pembaharuan RPO / GRW dikehendaki mematuhi perkara berikut

No Keperluan RPO GRW
1 Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
2 Menjalani ujian kecergasan perubatan pada selang minimum setiap tiga (3) tahun
3 Diploma minimum
4 Attend the RPO Course Bagi permohonan baharu
5 Menyempurnakan kursus Radiation Protection Act, Penggal 228 yang disediakan oleh Approved Training Provider (ATPs) SHENA Nota: Pemegang lesen juga dikehendaki menghadiri kursus tersebut.
6 Menghadiri Kursus Kesedaran Perlindungan Sinaran/Berkaitan Sinaran Bagi permohonan pembaharuan Sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun
7 Salinan sijil sah American Society for Non-Destructive Testing (ASNT) Radiography Testing Tahap 1 atau 2 atau badan pensijilan lain yang mematuhi ISO 9712
Nota: Terpakai bagi Aktiviti Radiografi Perindustrian sahaja
8 Continuing Professional Development (CPD) Bagi permohonan pembaharuan
9 Surat Pelantikan Rasmi Bagi permohonan baharu
10 Rekod dos (jika berkenaan)
Process Flow

FAQs