Lesen & Pendaftaran
Workplace Safety and Health Co-Ordinator
Borang & Garis Panduan
Senarai WSH Co-Ordinator Berdaftar
Kriteria untuk Kelulusan WSH Co-Ordinator
Kriteria bagi kelulusan untuk bertindak sebagai WSH Co-Ordinator hendaklah, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
Seorang individu:
Yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun;
Mesti memiliki kelayakan minimum dalam bentuk Kursus Latihan HSE yang berkaitan. Kursus Latihan HSE berkaitan yang diiktiraf adalah seperti berikut:
Institution of Occupational Safety (IOSH) - Managing Safely;
National Examination Board in Occupational Safety and Health Award (NEBOSH) Award in Health and Safety at work; atau
Kelayakan lain dan kelayakan praktikal yang pada pendapat Pihak Berkuasa menjadikannya berkebolehan untuk bertindak sebagai WSH Co-Ordinator.
Mesti cukup berkebolehan dan seorang yang layak dan sesuai untuk menjalankan kerja Workplace Safety and Health Co-cordinator;
Mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman praktikal yang berkaitan dengan kerja yang akan dilaksanakan oleh seorang WSH Co-Ordinator; dan
Mungkin perlu menghadiri temu duga di SHENA untuk penilaian lanjut mengenai kelayakan mereka untuk menjadi WSH Co-Ordinator.
Prosedur untuk Pemohon
Semua pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen berikut sahaja:
Borang WSH Co-Ordinator yang Lengkap
Satu keping gambar bersaiz pasport (mesti diambil dalam tempoh tiga bulan yang lepas dengan latar belakang putih) bagi WSH Co-Ordinator yang dicalonkan;
Resume terkini pemohon yang menonjolkan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan kerja yang akan dilaksanakan oleh WSH Co-Ordinator;
Salinan NRIC/Pasport WSH Co-Ordinator yang dicalonkan; dan
Salinan kelayakan seperti NEBOSH Award, IOSH Certificate atau yang setara dengannya dan Sijil-sijil lain.
Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak secara automatik.
Dimaklumkan bahawa pada masa ini tiada yuran dikenakan di bawah undang-undang bagi permohonan WSH Co-Ordinator sehingga pemberitahuan selanjutnya.
Berapa lama ia mengambil masa
Sehingga 8 minggu selepas penyerahan lengkap semua dokumen yang diperlukan.
