Safety Case
Definisi Pemegang Tanggungan
Pemegang Tanggungan (Peraturan 8)
orang yang menguruskan dan mempunyai kawalan langsung ke atas sesuatu kemudahan;
di mana sesuatu kemudahan masih belum dibina atau dioperasikan, individu yang mencadangkan untuk mengawal pengoperasiannya atau, jika individu tersebut tidak diketahui, individu yang telah menugaskan reka bentuk dan pembinaan kemudahan tersebut; atau
individu yang melaksanakan fungsi mengelola, mereka bentuk dan menyelia penggerudian atau servis sesuatu telaga dan semua operasi yang hendak dijalankan melalui telaga tersebut.
Kewajipan Pemegang Tanggungan (Peraturan 9)
Pemegang tanggungan hendaklah -
(a) mengambil segala langkah yang semunasabahnya boleh dilaksanakan yang perlu untuk mencegah kemalangan besar dan mengehadkan akibatnya kepada orang awam, harta benda dan alam sekitar;
(b) menyediakan pelan kecemasan di tapak dan berhubung dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab;
(c) menyediakan pelan kecemasan luar tapak dan berhubung dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab;
(d) menerangkan dalam Safety Case kaedah yang mana Pemegang Tanggungan akan memastikan kecukupan reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan atau pengubahsuaian kemudahan, bagi peringkat atau peringkat-peringkat yang berkenaan dalam hayatnya;
(e) mengemukakan Safety Case yang berkaitan bagi kemudahan tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini dan tidak mengendalikan kemudahan tersebut melainkan Pemegang Tanggungan mempunyai Safety Case Certificate daripada pihak berkuasa berwibawa;
(f) mengemukakan Pemberitahuan yang berkaitan bagi kemudahan atau telaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini; dan
(g) menyediakan maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 7 kepada orang awam.
