Pemeriksaan Am
PEMERIKSAAN AM
SHENA mengawal selia dan menguatkuasakan segala hal ehwal berkaitan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di tempat kerja serta radiasi di Brunei Darussalam. Pemeriksaan am dijalankan ke mana-mana tempat kerja untuk mengesahkan pematuhan terhadap Workplace Safety and Health Act, Penggal 277 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya serta Radiation Protection Act, Penggal 228. Pemeriksaan ini merangkumi kedua-dua pemeriksaan rutin dan pemeriksaan aduan & kebimbangan.
Pemeriksaan rutin dijalankan mengikut program pemeriksaan dan dirancang setiap tahun. Pemeriksaan Aduan dan Kebimbangan dijalankan secara serta-merta, sebaik sahaja diterima.
LAWATAN PEMANTAUAN
SHENA mengawal selia dan menguatkuasakan segala hal ehwal berkaitan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di tempat kerja serta radiasi di Brunei Darussalam. Salah satu fungsi SHENA ialah menjalankan lawatan pemantauan. Lawatan pemantauan ialah lawatan tanpa pemberitahuan ke mana-mana tempat kerja seperti tapak pembinaan kecil, restoran dan sebagainya untuk mengesahkan pematuhan kepada undang-undang dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan serta keperluan kawal selia.
Pengeluaran notis undang-undang seperti Surat Amaran, Perintah Pemulihan, Perintah Henti Kerja dan Denda Kompaun boleh dikeluarkan apabila ketidakpatuhan kepada undang-undang dikenal pasti. Ringkasan lawatan pemantauan SHENA yang dijalankan adalah seperti berikut:
| 2022 | 2021 | |
|---|---|---|
| Jumlah Lawatan Pemantauan | 107 | 101 |
